Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari, Shahihnya Hadits Riwayat Thawus Attabi’in dan Umair bin Ubaid
Dalil-dalil sunat membuat kenduri tahlil arwah:
1. Hadis Thawwus:
( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )
2. Berkenaan hadis Umair bin Ubaid yang sahih yang tiada pertikaian , disudut hubungannya dengan Thawus tersebut apabila digabungkan (dikompromikan kesemua hadis-hadis tersebut ) beliau memberi komentar :
عن عبيد بن عمير: قال : يفتن رجلان مؤمن ومنافق فأما المؤمن فيفتن أربعين صباحا.
Dari Ubaid bin Umair
r.a , berkata “ Difitnahkan (dalam kubur) dia jenis orang , yang
beriman dan yang munafik . maka yg beriman difitnahkan/diuji selama 40
pagi (hari)”
عَنْ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَيْضًا اَنَّ نَاسًا مِنْ
اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا
لِِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُُُُُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ
ذَهَبَ اَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلاُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّى
وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ .
قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Hadis riwayat Muslim.
وَرَوَيْنَا فِى سُنَنِ الْبَيْهَقِىْ بِاِسْنَادٍ حَسَنٍ اَنَّ اِبْنَ عُمَرَ اِسْتَحَبَّ اَنْ يُقْرَأ
عَلَى الْقَبْرِ بَعْدَ دَفْنِ اَوَّلُ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا
عَلَى الْقَبْرِ بَعْدَ دَفْنِ اَوَّلُ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا
Ertinya: Telah kami meriwayatkan di dalam sunan Al-Baihaqi dengan isnad yang hasan bahawa Ibnu Umar menyunatkan bahawa dibacakan atas kubur selepas wafat, awal surah Al-Baqarah dan akhirnya (Kitab Futuhat Ar-Robbaniah Syarah Al-Azkar Nawawiah – juzuk 3 m/s 194).
Hadis riwayat Ibnu Mubarak daripada Sulaiman At-Taimi daripada Abi Usman daripada Ma’qil bin Yasar, beliau berkata:
“Telah bersabda Nabi s.a.w
اِقْرَأُوْا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ
Ertinya: Bacalah surah Yasin atas mereka yang mati dikalangan kamu.
Telah mensahihkan hadis ini oleh Ibnu Hibban di dalam kitab Al-Ihsan no 3002.
قَالَ اَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مَرُوْزِىْ سَمِعْتُ اَحْمَدَ بْنَ
حَنْبَلَ يَقُوْلُ اِذَا دَخَلْتُمُ الْمَقَابِرَ فَاقْرَأُوْا بِفَاتِحَةِ
الْكِتَابِ وَالْمَعُوْذَتَيْنِ وَقُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ وَاجْعَلُوْا
ثَوَابَ ذَلِكَ ِلاَهْلِ الْمَقَابِرِ فَاِنَّهُ يَصِلُ اِلَيْهِمْ
Telah berkata oleh Ahmad bin Muhammad bin Maruzi, aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata “apabila kamu masuk kepada perkuburan baca olehmu surah Fatihah dan mauzatain dan Qulhuallahuahad, lalu kamu jadikan pahalanya bagi ahli kubur. Maka sesungguhnya ia sampai kepada mereka (Ihya’ Ulumuddin).
وَاَمَّا مَا رَأَهُ الصَّالِحُوْنَ فِى الْمَنَامِ فَرُؤْيَاهُمْ
كُلُّهَا مُتَوَاطِئَةٌ بَعْدَ مَا يَقْرَءُوْنَ وَيَهْدُوْنَ لِلْمَيِّتِ
مِمَّا يَدُلُّ عَلَى وُصُوْلِ ثَوَابِ الْقِرَاءَةِ اِلَيْهِمْ
وَانْتِفَاعُهُمْ بِذَلِكَ لاَ يُحْصى
حَدَّثَناَ هاَشِمُ بْنُ قَاسِمٍ قَالَ حَدَّثَناَ اْلاَشْجَاعِيْنَ
عَنْ سُفْيَانَ قَالَ : قَالَ طَاوُسٌ اِنَّ الْمَوْتَ يُفْتَنُوْنَ فِى
قُبُوْرِهِمْ سَبْعًا فَكَانُوْا يَسْتَحِبُّوْنَ اَنْ يُطْعَمَ عَنْهُمْ
تِلْكَ اْلاَياَّم
Ertinya: Telah berkata oleh Tawus (tabii’n) sesungguhnya orang yang mati itu difitnahkan mereka di dalam kubur selama 7 hari. Maka adalah mereka (para sahabat) kasih bahawa mensedekahkan makanan kepada orang ramai untuk si mayat pada demikian hari.
وَكَانَ عَلَيْهِمُ السَّلاَمُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ عَذَابٌ
يَسِيْرٌ فَاَخَذَ جَدِيْدَةً مِنْ نَخْلٍ وَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ وَغَرَسَ
كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا
الْعَذَابُ مَا لَمْ يَجُفَّ رَوَاهُ الْبُخَارِىْ
Adalah Nabi s.a.w lalu disamping 2 buah kubur, maka beliau bersabda
“azab yang sedikit”. Maka mengambil pelepah kurma daripada pohon kurma
lalu membelahnya menjadi dua dan ditanamkan tiap-tiap satu di atas
kubur. Lalu baginda bersabda “diringankan azab selama pelepah ini tidak
kering”.(Riwayat Imam Bukhari)
Hukum selamatan hari ke-3, 7, 40, 100, setahun, dan 1000 hari diperbolehkan dalam syari’at Islam. Keterangan diambila dari kitab “Al-Hawi lil Fatawi” karya Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi jilid 2 halaman 178 sebagai berikut: scan kitab
قال الامام أحمد بن حنبل رضي الله عنه فى كتاب الزهد له : حدثنا هاشم بن القاسم قال: حدثنا الأشجعى عن سفيان قال
قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام , قال الحافظ ألو نعيم فى الجنة: حدثنا أبو بكر بن مالك حدثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثنا أبى حدثنا هاشم بن القاسم حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام
Artinya:
“Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal ra di dalam kitabnya yang menerangkan tentang kitab zuhud: Telah menceritakan kepadaku Hasyim bin Qasim sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: Telah berkata Imam Thawus (ulama besar zaman Tabi’in, wafat kira-kira tahun 110 H / 729 M): Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.
Telah berkata al-Hafiz Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Jannah: Telah menceritakan kepadaku Abu Bakar bin Malik, telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, telah menceritakan kepadaku Ubay, telah menceritakan kepadaku Hasyim bin al-Qasim, telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: Telah berkata Imam Thawus: Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.”
Selain itu, di dalam kitab yang sama jilid 2 halaman 194 diterangkan sebagai berikut:
ان سنة الاطعام سبعة أيام بلغنى أنهامستمر الى الأن بمكة و المدينة فالظاهر أنها لم تترك من عهد الصحابة الى الأن و انهم أخذوها خلفا عن سلف الى الصدر الأول
ِArtinya:
“Sesungguhnya, kesunnahan memberikan sedekah makanan selama tujuh hari merupakan perbuatan yang tetap berlaku sampai sekarang (yaitu masa Imam Suyuthi abad ke-9 H) di Mekkah dan Madinah. Yang jelas kebiasaan tersebut tidak pernah ditinggalkan sejak masa sahabat sampai sekarang, dan tradisi tersebut diambil dari ulama salaf sejak generasi pertama, yaitu sahabat.”
———————————————-
Keterangan:
( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )
Ertinya “ Berkata Thawwus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah akan mereka itu didalam kubur, didalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( Para Sahabat) suka bahawa memberi makan mereka itu ganti daripada mereka itu pada demikian itu hari.” ]
Berkata Sayuti. Katanya : ( Kaanu Yastahibbu ) maknanya, “Adalah manusia buat mereka itu akan demikian itu pada zaman Nabi S.A.W, dan mengetahui ia dengan dia dan tidak ingkar Nabi S.A.W atas dia– Al Hawi lil Fatawa juzu’2 m/s 377.
Berkata Ibrahim Al Halabi, didalam
Syarah Al Kabir kemudian daripada naqal beberapa nas yang menunjuk atas
makruh buat makanan daripada ahli mayat :[ Dan tiada sunyi daripada
Nazar (kecedraan yang perlu dibahas), kerana bahawasanya tidak ada dalil
atas makruh melainkan hadis Jarir bin Abdillah jua. Kerana bahawasanya
melawani akan dia oleh hadis yang diriwayatkan akan dia oleh Imam Ahmad
dengan sanad yang sahih. Dan barang yang diriwayat oleh Abu Daud
daripada Ashsim bin Kulaib daripada bapanya daripada seorang laki-laki
daripada Ansar
( قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فى
جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصى الحافر
يقول أوسع من قبل رجليه اوسع من قبل رأسه فلما رجع استقبله داعى امرأته
فجأ وجىء بالطعام فوضع بين يديه ووضع القوم فأكلوا ورسول الله صلى الله
وسلم يلوك لقمة فى فيه ثم قال انى أجد لحم شاة أخذت بغير اذن اهلها. )
artinya, “ Berkata ia, keluar kami
serta Rasullah S.A.W pada suatu jenazah, maka lihat aku akan Rasulullah
S.A.W dan ia atas kubur berpesan akan yang menggali kubur, perluaskan
olehmu akan pihak kaki, perluaskan olehmu daripada pihak kepalanya. Maka
takala kembali daripada kubur itu, berhadap akan dia oleh yang menyuruh suruhannya
daripada perempuan si mati itu, yakni isteri si mati itu. Maka datang
Nabi S.A.W didatang dengan makanan, maka dihantar dihadapan Nabi S.A.W
dan menghantar oleh Sahabat maka makan oleh mereka itu. Dan Rasulullah
makan ia, akan satu suap, kemudian bersabda Ia, “ Aku dapati daging
kambing yang diambil dengan tidak izin oleh ahlinya”. Maka ini hadis,
menunjuk ia atas harus membuat ahli mayat atas makanan dan seru
(panggil) atas manusia atasnya dan pada setengah riwayat “imraah.” …
dengan tidak ada dhomir. Maka kaedah usul fiqh, mesti kena
:
( حمل المطلق على المقيد )
Maksudnya diambil qaid yang muqayyad
itu, buat qayyid pada yang yang muthlaq itu. Ertinya ditanggung
(lafaz) “ imro ah” yang tidak ada dhomir itu ialah “imro a ytil
mayyit”, seperti hak dhomirnya itu jua, Wallahu`alam].
Dan lagi barang yang tersebut di dalam kitab Fawakihud Diwani :
[Dan adapun barang yang membuat akan dia oleh qirobah ( kaum kerabat
) mayat, daripada makanan dan menghimpun akan manusia atasnya. Maka
jika ada ia kerana baca quran dan lain lagi daripada barang yang
diharapkan pahalanya bagi mayat, maka tiada mengapa dengan dia. Dan
adapun jika kerana lain daripada demikian itu, maka makruh ia. Dan tidak
seyogia bagi seseorang makan daripadanya,melainkan jika adalah yang
membuatnya itu waris yang baligh lagi cerdik, maka tidak mengapa kita
makan dengannya. Dan adapun jika wasiat oleh si mati dengan dibuat akan
makanan pada matinya, maka bahawasanya sah pada thulus (1/3) hartanya.
Dan wajib diluluskan akan dia, kerana diamalkan dengan fardhunya]-
juzu’2 m/s 289.
Adapun kitab Al Anwar :[ Dan adapun
jika wasiat seseorang dengan baca quran di kubur atau bersedekah
daripadanya, atau umpama demikian itu, nescaya lulus ia] – juzu’ 1 m/s
126.
Adapun jika buat dengan sebab adat
hingga mereka yang tiada kuasa pun tebing ( buat-buat ) juga takut jadi
keaiban (kalau tidak dibuat jamuan) , kerana adat jua belaka. Inilah
ynag dinamakan Takalluf pada bahasa Arab. Maka inilah yang dinamakan
bida’ah yang dicela oleh syarak, yang dicegah oleh segala Ulamak didalam
kitab Jawi ( Melayu) dan Arab. Seperti kata Syekh Ibnu Hajar di dalam
Tuhfah :[ “Dan bermula barang yang diadatkan, daripada membuat ahli
mayat didalam makanan supaya menyeru akan mereka diatasnnya itu, makruh
lagi bida’ah. Seperti (itu juga hukumnya untuk sesiapa yang)
memperkenankan (jemputan) mereka itu, kerana barang yang datang daripada
hadis yang Sahih daripada Jarir
( كنا نعد الأجتماع الى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة )
Artinya, “Adalah kami sekelian, sangkakan berhimpun pada ahli mayat
dan membuat makanan kemudian daripada setengah
daripada meratap (Niyahah) ”].
Maka zahirnya berlawan antara hadis Ashim dan hadis Jarir ini, maka kaedah (usul fiqih)
[ Apabila berlawan dua dalil, wajib dihimpun jika mungkin berhimpun],
maka disini boleh dihimpun, maka hadis Ashim itu ditanggungkan atas
barang yang dibuat tidak kerana adat. Bahkan buat kerana tarahum dan
niat hadiah pahalanya kepada si mati. Dan yang ditegah pada hadis Jarir
itu, jika buat kerana adat seperti barang yang kami kata satni (sebentar
tadi). Wa Allahu`alam bis Sowab.
Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfah ,
juzu’ 3 m/s 207. “Bermula wajah dibilangkan dia daripada Niyahah itu,
barang yang ada padanya, daripada bersusah payah beramat- amati
dengan pekerjaan dukacita” .
Maka ini illat tidak ada pada
kebanyakan pada orang jawi kita, dan apabila tidak ada illat tidak ada
hukum. Kerana kata mereka itu, “ Bermula hukum itu berkeliling ia serta
illatnya, maka murad dengan hukum disini ialah makruh berhimpun dan buat
kenduri di rumah si mati”. Wa Allahu` alam.
Maka berhimpun yang dilarang pada
hadis Jarir itu jika tidak kerana baca quran dan zikir. Adapun jika
berhimpun kerana baca quran dan zikir pada si mati adalah sunat,
seperti
barang yang sohih perkataan Imam Nawawi di dalam Majmuk :
(لا كراهة قرأة القرأن مجتمعين بل هى مستحبة)
Ertinya, “ Tidak makruh baca quran
berhimpun bahkan ia itu sunat- juz’1 m/s 126.”Riwayat daripada Abi
Hurairah R.A dan daripada Abi Said Al Kudri, ertinya kedua mereka
berkata,
(قالا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يقعد قوم يذكرون الله الا حفتهم الملأيكة وغشيتهم الرحمة وأنزلت عليهم السكينة )
Sabda Rasullah S.A.W, tidak duduk
oleh satu kaum, menyebut mereka itu akan Allah Taala, melainkan
berkelilingi oleh malaikat akan mereka itu. Kerana memuliakan akan
mereka itu dan menutupi akan mereka itu oleh rahmat. Dan turun atas
mereka itu oleh ketetapan pada hati”. Qauluhu [Yazkuruna] : ertinya,
“Barangmana kelakuan daripada segala kelakuan dan barangmana seorang ada
ia. Qauluhu [Yazkuruna] : Bermula zikir itu melengkapi akan sembahyang,
baca quran dan doa dengan yang lebih pada dunia dan akhirat-Dalilul
Faalihin m/s 248.
Maka kami faham daripada nas- nas ini, bahawasanya baca quran
dengan berhimpun itu afdhal, daripada baca seorang diri pada Mazhab kita
Syafie. Kerana tidak ada nas daripada alquran dan hadis, melarang tidak
boleh baca quran di rumah si mati. Bahkan setengah mereka itu, dia
kiaskan makruh baca quran di rumah si mati, dengan baca quran di jamban.
Maka ini qias batal, kerana “Qias ma’alfaariq”. Kerana syarat sah qias
itu hendak ada jamik antara “maqis” dan “maqisu a`laih”. Maka jauh
sekali perbezaan, antara rumah si mati dengan jamban itu, kerana rumah
si mati tidak ada najis dan jamban itu kotor (tempat najis), maka disini
nyata batal qias itu. Maka jika engkau kata, ijtimak pada hadis Jarir
itu, am melengkapi ia, barangmana ijtimak nescaya kami jawab, “ Apa
faedah boleh ia datang dengan lafaz ma’rifah pada lafaz al ijtimak”. Maka kami faham daripada lafaz al ijtimak, dikehendaki dengan
ijtimak yang membawa kepada niyahah yang dilihat dengan mata kepala
sendiri di Mekah sana. Maka dimana- manapun, jika ijtimak seperti itu, “Bidaah Mazmumah Muharamah” pada syarah
Kerana kaedah: ( للوسائل حكم المقاصد)
Murad dengan wasaail itu ijtimak dan murad dengan maqasid itu Niyahah. Dan jika engkau kata, alif lam pada ijtimak itu. Alif lam apa? Nescaya kami jawab, (الف لام للعهد العمى)
(iaitu barang yang hasil pada ilmu mukhatab dengan ketiadaan sebutnya yang telah lalu). Dan makna: العهد , الشيء المعهود Ertinya: suatu yang diketahui.
Nescaya kami jawab tidak betul, kerana syarat الف لام للاستغراق الجنس itu bahawa sah kita letak lafaz (كل) kullu pada tempat dia itu. Maka disini tidak sah kerana jadi fasad (rosak) makna, kerana bunyi maknannya:
(كل اجتماع وصنع الطعام من اهل الميت من النياحة )
Ertinya, tiap- tiap berhimpun dan buat makan daripada ahli mayat daripada niyahah, maka ini nyata fasad (rosak makna).
Ini kesemuanya jika kita berlaku atas
qaul yang berkata hadis Jarir itu marfu’. Adapun jika kita berlaku atas
qaul yang berkata hadis Jarir itu mauwquf, tidak jadi hujjah ( yakni
tidak boleh buat dalil dengan dia), kerana syarat perkataan Sahabi (
hadis mawquf ), hendak jadi marfu’ itu, jika ia idofat kepada Rasulullah
S.A.W, seperti dia kata
كنا فى زمن النبى كذا وكذا اتو كنا فى حياته كذا وكذا….
Seperti barang yang berkata oleh jumhur Muhaddisin dan Ashabul fiqh
wal Usul. Dan berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim, “Adakah ia, yakni
hadis Mauwquf itu, jadi hujjah atau tidak?”. Ada padanya dua qaul,
bagi Imam kita Syafie yang masyhur keduanya. Bermula yang Asah, ialah
Qaul Jadid, baginya tidak menjadi hujjah dengan hadis Mauwquf. Dan yang
kedua, ialah Qaul Qadim baginya ini dhoif. Maka apabila berlaku kita,
atas qaul yang berkata tidak menjadi hujjah, maka bermula Qiyas
didahulukan atasnya dan harus bagi Tabi’in menyalahi akan dia, yakni
harus kita tidak berdalil dengannya.-Syarah Muslim juzu’1 m/s 45 —
mulakhisan ( Diringkaskan).
Maka difaham daripada perkataan Imam Nawawi ini, tidak boleh kita
bermudah- mudah hukum dengan kufur orang itu dan kufur orang ini, dengan
makanan kenduri dan baca Qul`hu wallah di rumah si mati. Takut terbalik
kepada yang berkata, wa`iyya zabillah.
Akhirnya
Perbahasan yang panjang lebar telah
di bawakan oleh Imam Sayuthi didalam kitab beliau Al Hawi lil Fatawa
juzuk 2 . m.s 178-196 , hampir 19 muka surat membahaskan hadis tersebut ,
samada disudut sanadnya maupun maknanya. Sesiapa yang berminat bolehlah
merujuk kitab tersebut. Wallahu a’lam.
Saya menyeru kepada mereka yang
berkebolehan dalam menyelidik dalil-dalil, terutamanya Tuan-tuan Guru
dan para penuntut Ilmu , agar lebih peka untuk memberi penerangan dengan
lebih jelas kepada masyarakat berkenaan perkara sebegini . Sekalipun
ianya dianggap perkara kecil , furu; remeh tetapi akan menjadi perkara
besar jika sampai ketahap membid’ah dan menghukum kufurkan segolongan
besar umat Islam. Lihatlah kepada usaha-usaha mereka yang semakin
berkembang terutamanya dikalangan mereka yang tiada asas pengetahuan
agama
Setelah kita meneliti dan menghalusi
perbincangan , dimanakah lagi logik dan betulnya dakwaan mereka yang
mengharamkan dan membid’ahkan kenduri arwah dengan alasan-alasan yang
keliru dan samar? . Alasan yang remeh temeh, yang hanya menunjjukan
kebodohan diri sendiri disisi para ilmuan?. Alasan yang sentiasa
bertukar-tukar apabila ternyata rapuh setelah dijawab . Maka
mudahan-mudahan risalah ini dapat meredakan ketegangan yang sentiasa
akan menyala apabila ditiup oleh mereka yang nampaknya bagus ideanya
tapi hakikat batinnya siapa yang tahu, hanya Allah saja
Siapa saja yang membaca risalah ini , jika terdapat musykil, sila lah merujuk kepada ahlinya
0 komentar: